dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Permohonan Dana SejatiMadani Bersama Ketua Kampung Permas Kelapa

29 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pengurus NADI telah membantu Ketua Kampung Permas Kelapa Kawasan 7 Mukim Serkat iaitu Tok Sofian bin Sumadi untuk memohon geran bantuan dana SejatiMadani. Permohonan ini telah berlangsung pada 28 Julai 2024 di Kompleks Penghulu Mukim Serkat iaitu penempatan sementara NADI Tanjung Piai. SejatiMadani merupakan antara inisiatif kerajaan Malaysia bagi membantu kelompok masyarakat khususnya Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) untuk meningkatkan taraf pendapatan komuniti dengan jumlah sebanyak RM 100 000.00. Tok Sofian telah dibantu dengan didaftarkan ID terlebih dahulu sambil perlu menyediakan butiran perbelanjaan berupa barangan yang perlu dibelanjakan kelak.

Beliau ingin mendaftarkan permohonan berupa Perkhidmatan Bridal dan PA Sistem. Permohonan berlangsung selama hampir 2 jam dengan Tok Sofian turut perlu mengemukakan beberapa butiran dokumen penting seperti minit mesyuarat, surat perlantikan watikah ketua kampung serta carta perbatuan. Setelah selesai melaksanakan permohonan secara dalam talian, Pengurus NADI meminta untuk Tok Sofian sentiasa cakna bagi melihat status terkini permohonan dari masa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.